Friday, December 23, 2011

34,271 pelajar dapat semua A PMR


Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya, semalam -Utusan Online




1. Kosmo Online

SEBAHAGIAN daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V bersorak gembira selepas berjaya memperoleh keputusan 8A PMR di Seremban semalam.

PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun lalu.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.

Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapai- an calon berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun lalu.

Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.

2. Berita Harian Online

CEMERLANG... Muhammad Hadi Darus, 15, (berkerusi roda) dijulang rakannya selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan, hari ini. Walaupun dilahirkan tidak sempurna seperti orang lain, namun dia dapat membuktikan bahawa kecacatannya tidak menghalangnya untuk meraih 9A dalam PMR. - Foto Shahrizal Md Noor


Daripada admin : Lebih banyak gambar akan diupload pada hari ini. Sila lawati blog ini lagi untuk lebih gambar...Sedang menanti gambar daripada pelajar-pelajar dan warga SMKBL :)



Tahniah kepda Adib Vun kerana berjaya membuktikan 8A bukanlah mustahil untuk dicapai. Semoga ini akan menjadi motivasi untuk pelajar-pelajar lain berjuang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang!




No comments:

Post a Comment