Showing posts with label General Knowledge. Show all posts
Showing posts with label General Knowledge. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari

KERATAN Kosmo! semalam.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.

Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.

Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.

Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.

Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.

Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. - AFP


Wednesday, January 18, 2012

Cairkan salji untuk jadikan bekalan air

VICTOR GAVENKO dan isterinya mencairkan salji di rumah mereka di kampung Pravy, Rusia semalam. - Reuters

KRASNOYARSK, Rusia - Satu pasangan suami isteri, Victor Gavenko dan isterinya, Nina menggunakan salji untuk dijadikan bekalan air bersih di rumah mereka di kampung Pravy, daerah Taiga, Rusia.

Gavenko, 76, dan isterinya, Nina tidak memperoleh bekalan air bersih menyebabkan mereka mencairkan salji.

Salji merupakan sumber mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan sendiri dan haiwan ternakan. - Reuters

KOSMO ONLINE


Thursday, December 29, 2011

1,055 buah kereta Honda dimusnahkan

29/12/11
SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.

BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.

Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.

Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.

"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.

Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.

Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP


Cahaya lampu bandar di Portugal dilihat di angkasa lepas

29/12/11

GAMBAR menunjukkan limpahan cahaya lampu di Portugal (kiri) dan Sepanyol (kanan) yang dirakamkan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini.


FLORIDA -Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol yang dirakamkan dari angkasa lepas.

Seorang angkasawan merakamkan gambar itu dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini.

Gambar itu menunjukkan kawasan yang dilimpahi cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol. - AFP





Tuesday, December 27, 2011

Lelaki magnet kembali beraksi

27/12/11
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

KOK THAI membuat demonstrasi melumurkan serpihan kaca tajam tanpa sebarang luka pada kulit kepalanya di Ipoh semalam.

IPOH – Setelah lebih setahun menyepi, Tan Kok Thai, 72, warga emas yang memiliki kuasa magnet sehingga dapat melekatkan pelbagai objek di badannya sejak tahun 2002 kini kembali.

Dia yang berasal dari Gunung Rapat di sini mendakwa mempunyai keistimewaan terbaharu apabila kulit tubuhnya tidak lut apabila dilumur dengan serpihan kaca tajam.

“Dahulu, saya pernah dicabar seorang lelaki dari India agar mempelbagaikan kemahiran selain hanya melekatkan pelbagai objek pada badan.

“Baru-baru ini, saya cuba melumurkan badan dengan serpihan kaca tajam dan nyata ia langsung tidak melukakan kulit saya,” katanya ketika mengunjungi pejabat Kosmo! di sini semalam.

Serentak dengan itu, katanya, dia membuat keputusan untuk menarik balik hasratnya untuk bersara seperti mana yang dibuatnya pada Julai tahun lalu demi untuk berbakti kepada masyarakat.

“Kenangan mengadakan persembahan amal membantu mengutip derma bagi pertubuhan anak yatim dan miskin sentiasa mengusik perasaan saya.

“Sekarang saya bersedia mempamerkan keistimewaan saya semula bagi membantu golongan memerlukan selagi hayat masih ada,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Saturday, December 24, 2011

Saling membantu rahsia kejayaan pasangan kembar

24/12/11
PASANGAN kembar, Nur Aliya Zaida (kanan) dan adiknya Nur Ilya menunjukkan keputusan PMR mereka di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Persaingan sihat dalam pelajaran menjadi resipi kejayaan pasangan kembar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan kelmarin.

Pasangan kembar berkenaan, Nur Aliya Zaida Mohd. Hassany, 15, dan adiknya, Nur Ilya Zaida, 15, masing-masing memperoleh 9A dan 8A dalam peperiksaan tersebut.

Nur Aliya berkata, persaingan sengit antara mereka berdua menjadi pendorong untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR selain saling membantu jika terdapat kelemahan dalam sesuatu mata pelajaran.

"Saya lebih mahir dalam Bahasa Inggeris manakala adik bijak dalam Matematik. Jadi kami berdua akan saling menunjuk ajar antara satu sama lain.

"Begitu juga, saya dan adik selalu berbincang dan bertukar pendapat untuk memastikan kami memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini semalam.

SOURCE: KOSMO ONLINE



Thursday, December 22, 2011

1 dinar Sebagai Hadiah PMR!

Assalamualaikum wrt & Salam Sejahtera,

What a new day! Today result PMR keluar. Saya doakan agar anak-anak kita yang telah mengambil peperiksaan PMR 2011 berjaya dengan cemerlang. Semoga semua ibubapa tersenyum lebar apabila melihat keputusan dipampang di papan notis sekolah hari ini.

Untuk anak yang cemerlang dalam Peperiksaan PMR ini, for sure ibubapa tengah memikirkan apakah hadiah terbaik untuk diberikan? Untuk ibubapa yang berada, alatan elekronik seperti PSP, IPOD, Samsung Galaxy Tab dan netbook mungkin menjadi pilihan.


Untuk ibubapa yang BIJAK menabung, mungkin reward untuk anak tersayang diberi dalam bentuk wang, 1A = RM20.00 katakan. Atau mungkin dalam bentuk Wang Simpanan Premium, 1A = RM50.00....



Apapun pilihan anda, bagi saya ANDA akan LEBIH BIJAK jika menghadiahkan anak dengan SILVER/GOLD BAR/DINAR.



Merujuk kepada jadual di atas, daripada membeli gadget/mainan elektronik yang selepas setahun akan OUTDATED baik anda beli 100g silver (RM377.00) atau 1 dinar (RM736.00) sebagai hadiah PMR!


Dengan memberikan mereka hadiah emas pada hari ini, dalam masa 3 tahun akan datang, mereka boleh menjual emas itu untuk membeli peralatan yang lebih canggih...Ini kerana purata peratus kenaikkan harga emas adalah sekita 20% hingga 40% setahun...Jika 20% setahun, dalam masa 3 tahun akan datang harga 1 dinardijangka akan menjadi RM 1177.00! Tak percaya? Tak pa, saya tak rugi apapun hihi...sama2 kita tunggu dan lihat :) Apapun ini jangkaan saya saja. Tidak mustahil nilainya makin tinggi bukan!Haha...

Hmmm...better saya tunjukkan bagaimana saya membuat kiraan untuk mendapat nilai yang saya jangkakan tadi. Inilah yang dinamakan kebarangkalian dalam matematik :)

2011, Harga 1 dinar = RM736.00

Jika setiap tahun naik 20%,
kenaikan harga setiap tahun dijangka = 20% x RM736.00 = RM147.20
Kalau 3 tahun, kenaikan harganya = RM147.20 x 3 = RM441.60
Maka harga jangkaan pada tahun 2014 = RM736.00 + RM441.60 = RM 1177.60
Kiraan ini dengan mengambilkira kenaikan 20%...Kalau kenaikannya 40%??? Trylah kira :)

Wahai kawan-kawanku, Sesungguhnya EMAS dan PERAK akan sentiasa UP-TO-DATE!

Sejarah membuktikan harga emas dan perak sentiasa meningkat setiap tahun. Jika anda berminat, sila hubungi saya segera di 0198899467 / 0198868494




Perdana Menteri lancar reka bentuk wang kertas baru


Kakitangan Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia RM20 yang terbaru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.

Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. 

Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing. Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.

Not wang kertas Malaysia yang terbaru

SOURCE: MY METRO

NAJIB Tun Razak bersama Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz melihat koleksi siri mata wang baharu selepas majlis pelancaran Pelan Induk Kewangan dan siri mata wang baharu yang bakal dikeluarkan oleh BNM di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan Malaysia Online / Amin Farij Hasan



Siri wang baru diedar Januari
Oleh Shahrizan Salian dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/12/22


NAJIB menunjukkan not RM20 siri baru pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Duit baru: Siri mata wang baru yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan akan mula digunakan pada Julai depan. - Foto Aizuddin Saad